Sekolah Kebangsaan Jeransang

27310 Benta, Pahang Darul Makmur

Visi SKJ

SK Jeransang Cemerlang Dalam Daerah Menjelang 2015

Misi SKJ

Mengembleng Semua Sumber Tenaga Secara Optimum Bagi Memantapkan Dan Merealisasikan Visi Sekolah

Motto SKJ

Usaha Jaya

Budaya SKJ

:: Hormat-menghormati :: Penyayang :: Toleransi :: Kebersihan :: Kesopanan :: Berdaya Saing :: Pembelajaran Berterusan ::

Pages

Friday, 30 November 2012

Pelajar Cemerlang SKJ 2012


Pada 19 November 2012 (Isnin) Keputusan UPSR telah diumumkan. Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2012 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SK Jeransang. Slip Keputusan disampaikan oleh Puan Sarimah binti A.Razak, Guru Besar SK Jeransang.

Gambar kenangan calon-calon UPSR SK Jeransang 2012 setelah selesai upacara penyampaian Slip Keputusan

Pelajar Cemerlang UPSR SK Jeransang 2012


Syabas buat Adik Muhammad Redzuan Idham, Ezlyn Syakila, Nur Zulaikha dan Siti Nur An-Nisa (tiada dalam gambar) yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2012. Bagi murid-murid yang tidak mencapai sasaran mereka, semoga tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Tahniah juga buat ibu bapa, murid-murid, guru-guru, sekolah dan PIBG yang telah berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pencapaian yang telah disasarkan.