Pada 19 November 2012 (Isnin) Keputusan UPSR telah diumumkan. Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2012 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SK Jeransang. Slip Keputusan disampaikan oleh Puan Sarimah binti A.Razak, Guru Besar SK Jeransang.
![]() |
| Gambar kenangan calon-calon UPSR SK Jeransang 2012 setelah selesai upacara penyampaian Slip Keputusan |
![]() | ||
| Pelajar Cemerlang UPSR SK Jeransang 2012 |
Syabas buat Adik Muhammad Redzuan Idham, Ezlyn Syakila, Nur Zulaikha dan Siti Nur An-Nisa (tiada dalam gambar) yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2012.
Bagi murid-murid yang tidak mencapai sasaran mereka, semoga tidak
berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih
baik. Tahniah juga buat ibu bapa, murid-murid, guru-guru, sekolah dan PIBG
yang telah berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pencapaian yang
telah disasarkan.












