Sekolah Kebangsaan Jeransang

27310 Benta, Pahang Darul Makmur

Visi SKJ

SK Jeransang Cemerlang Dalam Daerah Menjelang 2015

Misi SKJ

Mengembleng Semua Sumber Tenaga Secara Optimum Bagi Memantapkan Dan Merealisasikan Visi Sekolah

Motto SKJ

Usaha Jaya

Budaya SKJ

:: Hormat-menghormati :: Penyayang :: Toleransi :: Kebersihan :: Kesopanan :: Berdaya Saing :: Pembelajaran Berterusan ::

Pages

Tuesday, 29 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul

25 Januari 2013

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah merupakan tema Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini. SK Jeransang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pada tahun ini, program ini merupakan anjuran bersama pihak sekolah, PIBG SK Jeransang  dan AJK Masjid Kampung Jeransang, Benta. Perarakan bermula dari perkarangan kediaman Tuan Haji Asmudin ke Masjid Kampung Jeransang. Perarakan ini disertai oleh warga SK Jeransang dan orang kampung.









 

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM100

22 Januari 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 untuk murid-murid telah diadakan dan telah dirasmikan oleh YB. DATO' HAJI IR. MOHD. SOFFI BIN TAN SRI ABDUL RAZAK, Adun Benta. Terima kasih kepada JResources Sdn. Bhd., Penjom Gold Mine untuk sumbangan beg sekolah kepada semua murid-murid SK Jeransang telah diberikan dalam majlis yang sama.










Friday, 18 January 2013

Aktiviti Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013

18 Januari 2013

Pada hari ini, semua 81 orang murid Tahap Dua SK Jeransang telah menyertai aktiviti Merentas Desa Peringkat Sekolah sesi 2013. Acara ini bermula dan berakhir Padang Kampung Jeransang melalui jalan kampung.




Mesyuarat Kecemerlangan Tahun 6 sesi 2013

17 Januari 2013

Semua ibu bapa/penjaga Tahun 6 telah dipanggil untuk menghadiri Mesyuarat Kecemerlangan Tahun 6 sesi 2013. Seramai 23 orang penjaga telah hadir bersama-sama guru-guru yang mengajar Tahun 6. Ibu bapa/penjaga telah didedahkan dengan Profil Akademik Murid Tahun 6 bagi tahun 2013. Mereka juga telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk calon-calon UPSR 2013 SK Jeransang.




Sunday, 13 January 2013

Mesyuarat PIBG Kali Pertama

9 Januari 2013

Tepat jam 2.00 petang telah diadakan Mesyuarat PIBG SK Jeransang Kali Pertama bertempat di Bilik Gerakan SK Jeransang yang dihadiri oleh wakil ibu bapa dan juga wakil guru bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang dan diadakan pada tahun ini. Semoga melalui mesyuarat ini, suatu kata sepakat dapat dihasilkan bagi melicinkan pergerakan aktiviti-aktiviti pada tahun ini.

Thursday, 3 January 2013

Hari Persekolahan Pertama

02 Januari 2013

Selamat Kembali ke Sekolah

Hari ini merupakan permulaan persekolahan sesi 2013. Seramai  39 orang murid baharu yang mendaftar di sekolah ini yang terdiri daripada 20 orang murid Tahun 1 dan 19 orang murid Prasekolah. Warga SK Jeransang mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Guru Besar juga menyeru supaya murid-murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu pada tahun ini terutama bagi calon-calon UPSR SK Jeransang 2013.