7 Februari 2012
Syukur
ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini SK Jeransang telah dicalonkan
untuk Tawaran Baru (New Deal) 2012 dibawah NKRA. Pada hari ini, SK
Jeransang bertuah kerana telah dilawati oleh tiga orang daripada Jemaah
Nazir Malaysia. Mereka telah membuat pemantauan/pencerapan terhadap
aktiviti PDP guru-guru selain melakukan pemeriksaan khas terhadap sistem
pengurusan fail sekolah.
Guru Besar mengalukan kedatangan Jemaah Nazir Malaysia ke SKJ
Jemaah Nazir (dari kiri): Tn. Hj. Mohd Hussin, Tn. Hj. Zaabar dan Tn. Hj. Mansor
Guru-guru mendengar beberapa perkongsian yang disampaikan oleh Jemaah Nazir
Tn. Hj. Mohd Hussin memberikan sepatah kata kepada warga Guru SKJ
Diikuti Tn. Hj. Zaabar yang turut memberikan sepatah kata kepada warga Guru SKJ
Terima
Kasih di atas tunjuk ajar dan perkongsian yang diberikan oleh kalian.
Semoga SKJ akan terus kehadapan memacu kecemerlangan demi mencapai Visi
SKJ.