30 April 2013
Pada
Khamis (30 April 2013) yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan suatu majlis kesyukuran apabila SK Jeransang telah menerima Tawaran Baharu 2012. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada yang berusaha, Puan Sarimah binti A.Razak, Guru Besar SKJ dan diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, Tuan Haji Misnan bin Mohd Damin, AMP. Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari PPD Lipis, beberapa tetamu kehormat, AJK-AJK PIBG dan AJK Pentadbiran SKJ Sesi 2011 (mantan Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK Kokurikulum). Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan bagi semua warga SKJ. Semoga SKJ akan terus memacu kecemerlangan.















0 komen:
Post a Comment