Sekolah Kebangsaan Jeransang

27310 Benta, Pahang Darul Makmur

Visi SKJ

SK Jeransang Cemerlang Dalam Daerah Menjelang 2015

Misi SKJ

Mengembleng Semua Sumber Tenaga Secara Optimum Bagi Memantapkan Dan Merealisasikan Visi Sekolah

Motto SKJ

Usaha Jaya

Budaya SKJ

:: Hormat-menghormati :: Penyayang :: Toleransi :: Kebersihan :: Kesopanan :: Berdaya Saing :: Pembelajaran Berterusan ::

Pages

Wednesday, 8 May 2013

Kem Ibadah SKJ 2013


Pada 26 April yang lalu SK Jeransang telah mengadakan Kem Ibadah bagi murid Tahap 2. Program yang berlansung selama dua hari ini merupakan anjuran bersama Unit Bina Insan dan PIBG SK Jeransang. Program yang julung kali diadakan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang cara solat yang betul. Selain itu motivasi keibubapaan juga telah diadakan di akhir program ini.




Majlis Kesyukuran Sempena Tawaran Baharu 2012

30 April 2013

Pada Khamis (30 April 2013) yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan suatu majlis kesyukuran apabila SK Jeransang telah menerima Tawaran Baharu 2012. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada yang berusaha, Puan Sarimah binti A.Razak, Guru Besar SKJ dan diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, Tuan Haji Misnan bin Mohd Damin, AMP. Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari PPD Lipis, beberapa tetamu kehormat, AJK-AJK PIBG dan AJK Pentadbiran SKJ Sesi 2011 (mantan Guru Besar, GPK Pentadbiran dan GPK Kokurikulum). Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan bagi semua warga SKJ. Semoga SKJ akan terus memacu kecemerlangan.